WAKEFIELD, Mass., Feb. 17, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) — Xura, penyedia perkhidmatan komunikasi digital selamat yang terkemuka untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi, mempunyai sejarah inovasi dan sekali-sekala telah menyampaikan produk keselamatan yang menggunakan pembelajaran mesin. Pada MWC 2017, Xura akan mempersembahkan cara mesin pembelajaran kendiri telah membantu pelanggannya mengatasi penipuan pemesejan laluan kelabu dan kotak SIM. serta cara ia membantu melindungi hasil pendapatan dan pelanggan daripada ancaman yang dibawa melalui pengisyaratan, misalnya serangan penafian perkhidmatan, penipuan dan pencerobohan privasi.

“Pembelajaran mesin ialah label yang digunakan untuk pelbagai jenis teknologi kecerdasan buatan. Kami telah mengambil keputusan bahawa kami perlu membuat pelaburan dalam sumber R&D yang banyak untuk menentukan teknologi khusus yang paling sesuai untuk kelas cabaran keselamatan telekom yang berbeza. Seterusnya, menggunakannya dengan penyelesaian kami dengan sewajarnya,” ujar Ilia Abramov, Ketua Keselamatan Rangkaian Xura. “Dengan melakukan ini, kami meningkatkan tanda aras prestasi industri bagi pengesanan pesanan laluan kelabu dan kotak SIM mengikut susunan magnitud, meletakkan kami jauh di depan dalam persaingan. Pelanggan kami kini memiliki penyelesaian paling efektif bagi menangani penipuan pemesejan aplikasi ke pengguna (A2P).”

Inisiatif Penyelidikan & Pembangunan (R&D) meliputi penyelesaian spam dan penipuan pemesejan syarikat kepada portfolio keselamatan pengisyaratan, merangkumi perlindungan teknologi pengisyaratan 2G, 3G dan 4G.

Pada Mobile World Congress, demonstrasi Xura akan membolehkan pengendali rangkaian melihat aplikasi pembelajaran mesin di dalam pelbagai rangkaian keselamatan dan konteks pencegahan penipuan. Pakar keselamatan Xura akan bersedia membantu di sepanjang acara tersebut bagi menyampaikan maklumat lanjut dan demonstrasi produk di Gerai Pameran 8.1A41 Xura, bertempat di Dewan 8.1. Untuk mengatur perjumpaan, sila hubungi events@xura.com

Mengenai Xura, Inc.

Xura menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi global merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ penyedia perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di Xura.com.

CONTACT: Hubungan Media:

Maria Hudson

Xura

maria.hudson@xura.com

+44 7967813429

HOW TO INSTANTLY GENERATE $127 CASH IN JUST THREE MINUTES


Without ever trading a single share of stock, without buying an option and Without ever touching a mutual friend.